7:09 AM

Harga Diri

Litupilah kepala dengan keilmuan,
Selimutilah tubuh dengan kemanusiaan,
Sarungkanlah kaki dengan pengalaman,
Mandikanlah jasad dengan peradaban,
Siramilah sanubari dengan keindahan,
Basuhlah wajah dengan keikhlasan,
Tadahlah tangan dengan dengan kehormatan,
Hidulah hidung dengan kedamaian,
Pejamlah mata dengan keredhaan,
Senyunlah bibir dengan persahabatan,
Dengarlah telinga dengan kesyahduan,
Depalah tangan dengan perpaduan insan.

Insaf bila baca kata-kata ini. Kadangkala terfikir aku akan diriku. Adakah aku sudah cukup untuk lakukan perkara ini ? Sama-samalah kita tunduk kepada-NYA minta petinjuk dan keredahaan supaya ada ruang untuk kita di sisi-NYA.

2:10 AM

Guru Malaysia!!!

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Dulu masa sekolah, lagu ni la paling aku suka dengar. Bila tiba time ari guru, lagu ni yg paling x sabau aku nk dgr.. mmg suka sgt. Xtau nape. Ble cikgu2 nyanyi, aku lah org paling semangat ikut nyanyi walaupun salah lirik. Xkira la,. Kalu da suka, xkira tol ke x, aku nyanyi je… dari sek rendah sampai sek menengah, lagu ni akan tetap jd peminat aku yg 1st. Namun kini, aku dpt jawapanya kenapa aku suka sgt lagu ni. Mmg lagu ini akan terus bersemadi dalam jiwa aku dan setiap 16 mei, akan aku nyanyikan lagu ini bersama-sama guru seMalaysia. Aku seorang guru. Patutlah lagu ini jadi febret aku sejak dari sekolah. 16 mei 2007, kali pertama aku menyambut hari guru sebagai seorang bakal guru. Perh!! 1st time nyanyi lagu ni sebagai seorang bakal guru, berdiri bulu roma.. mmg rasa aura sebagai seorang guru. Begitu bersemangat aku nyanyikan lagu ni. Masa ni aku da hafal lirik la.. yela.. bakal guru, mesti kena tau lagu tema ni… bangga tol aku dpt nyanyi lagu. Akulah GURU MALAYSIA!!!

Tema tahun ni sama macam tahun lepas iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”. Berikut merupakan antara tema hari guru dari tahun 1972 hingga 2009 :

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Kenapa tarikh 16 Mei jadi pilihan untuk sambutan Hari Guru?
Tarikh ini dipilih sebab pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 di mana Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah terima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) yang telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku termasuklah pakcik yang ajar aku tuk dapatkan lesen kereta, terima kasih cikgu kerana mengajar dan mendidik aku sehingga aku berada di tahap sekarang. Dan kini giliran aku untuk menjejak langkah kalian sebagai seorang guru. Jasa cikgu semua akan terus bersemadi dalam doaku.. terima kasih cikgu!! Selamat Hari Guru….

Pasukan Koir Kebangsaan Hari Guru 2008

From

7:21 AM

ENGKAU, DIA, KAMU DAN AKU “GURU”

Dialah pemberi paling setia
setiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat.

From

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulama’ yang mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
di sebuah sekolah mewah di ibu kota
di bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu
dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guruku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadikan kenangan ke akhir hayat..


From

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
~SELAMAT HARI GURU~

1:58 AM

Posting Di Pedalaman

Setelah hampir 5 tahun aku menuntut di IPG, tahun akhir ini telah memaksa aku untuk membuat pilihan penempatan (posting) bagi menjalankan tanggungjawab aku sebagai guru. Pilihan tetap ikut kehendak kedua ibu bapa aku iaitu posting di negeri kelahiran aku, Johor.
Walaubagaimanapun, timbul niat untuk ke kawasan pedalaman luar semenanjung. Jika dilihat pada pendapat dan pandangan dari rakan, ramai yang tidak mahu dihadir di kawasan selain dari semenanjung. Aku juga begitu kerana memikirkan keadaan, ibu bapa dan kesediaan aku sendiri untuk berada di tempat orang yang jauh dari keluarga.
Sebagai seorang pendidik, seorang guru perlu bersedia mencurahkan ilmu kepada pelajar di negara ini walaupun mengajar jauh di pedalaman tanah air. Apabila memikirkan perkara ini, aku mula untuk menerima dan cuba timbulkan semangat dan kekuatan untuk bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman. Kini niat itu timbul dengan sendirinya yang aku berkeinginan untuk ke sana walaupun borang permohonan telah diisi. Bagi aku, ia bukan lah menjadi masalah apabila berada di sana jika niat kita betul untuk mendidik anak bangsa kita.

Sumber daripada berita harian online pada 24 April 2010,

Kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan elaun tambahan guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman 2 (P2) dan pendalam 3 (P3), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada langkah yang ditimbangkan kerajaan bagi memastikan guru-guru di kawasan itu yang kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan yang sewajarnya.

"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500.

"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500

"Sebab itu guru-guru di kawasan P3 di beri elaun tambahan RM1,500, P2 RM1,000 dan P1 RM500. Oleh itu kerajaan sedang berusaha untuk mengkaji semula sama ada elaun ini boleh dinaikkan atau pun tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang mahu tahu langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat kemudahan sewajarnya.

Puad berkata kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kuarters guru-guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan mereka yang mendiaminya terjamin.

"Kerajaan akan pastikan kuarters penginapan guru-guru ini selamat untuk diduduki dan akan naik taraf supaya ia sesuai dan selamat terutama untuk guru-guru wanita yang bertugas di pedalaman. Kerajaan akan pastikan bangunan itu selamat, kukuh, pintunya kuat dan berpagar," katanya.

Jika kita lihat, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menarik minat para pendidik berkhidmat di kawasan pendalaman. Jadi apa lagi yang perlu dirungutkan wahai bakal-bakal guru. Terimalah kenyataan ini dan bersedialah untuk berkhidmat kepada anak-anak bangsa, agama dan Negara. Mengajarlah kerana niat kerana Allah bukan atas sebab intensif yang ditawarkan. ...


Sekolah Pedalaman Sabah


From

From

From

7:58 AM

Suami Isteri Tua..

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi ...!"

7:43 AM

Teknik Pembelajaran Berkumpulan PraSekolah

MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM
PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MELALUI TEKNIK KUMPULAN YANG SAMA
TAHAP PEMBELAJARAN (SAME ABILITY)

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup individu selepas pendidikan di rumah yang menjadi tapak bagi menyemai bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu, guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid. Dalam pendidikan prasekolah, guru prasekolah perlu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas. Guru perlu sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa lebih seronok untuk ke sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sesuai untuk dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Murid bekerjasama dalam kumpulan kecil secara koperatif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Lyman (1998), menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyertaan pelajar dalam kumpulan kecil untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran yang dapat membentuk interaksi positif antara mereka. Pembelajaran koperatif adalah lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik berbanding dengan pendekatan tradisional (Davidson, 1985). Analisis 46 kes yang telah dijalankan oleh Robert Slavin (1983), menunjukkan 63% pencapaian akademik melalui pembelajaran koperatif, 33% menunjukkan perbezaan dan hanya 4% kejayaan dicapai melalui cara tradisi. Hasil kajian dalam negeri oleh S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran koperatif adalah menyeronokkan. Oleh yang demikian, adakah kaedah pembelajaran koperatif atau berkumpulan yang dijalankan di prasekolah kini bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak ? Apakah cara atau teknik yang sesuai yang boleh digunakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran koperatif di prasekolah ?

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Dalam P&P di Prasekolah, pengajaran yang dijalankan melibatkan aktiviti secara kelas, kumpulan dan individu. Aktiviti berkumpulan merupakan salah satu aktiviti yang wajib dijalankan yang melibatkan pengajaran berpasangan selama 60 minit di mana murid dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Jika dilihat pada perancangan pengajaran, aktiviti berkumpulan terdiri daripada tiga stesen yang mempunyai aktiviti yang berbeza dan setiap kumpulan akan menjalankan setiap aktiviti di ketiga-tiga stesen tersebut. Pusingan atau pertukaran stesen akan dibuat selepas 15 minit aktiviti dijalankan. Pembahagian kumpulan diberikan secara rawak mengikut bilangan nombor murid dan ahli yang terdiri daripada pelbagai jantina dan kebolehan. Objektif pembelajaran yang digariskan sama bagi ketiga-tiga kumpulan berdasarkan keseluruhan aktiviti yang dirancang.
Masalah yang timbul di mana murid tidak dapat bekerjasama dalam kumpulan. Terdapat ahli kumpulan yang menjadi penumpang yang tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti dijalankan terutamanya bagi murid yang lemah kerana belum mencapai tahap pembelajaran yang sepatutnya. Bagi murid di tahap baik akan berasa bosan kerana aktiviti yang dijalankan tidak mencapai kepada kebolehan mereka. Disebabkan hal ini, objektif yang digariskan guru tidak tercapai sekaligus menyebabkan murid tidak mendapat input yang sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah tingkah laku juga timbul seperti mengganggu ahli kumpulan yang lain menjalankan aktiviti kerana murid bosan atau tidak diberi peluang untuk menjalankan aktiviti.
Masalah juga timbul pada kami untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk kumpulan tersebut. Jika aras pembelajaran mengikut topik yang terkini, murid lemah akan tertinggal dan jika aras direndahkan, murid baik akan memonopoli keseluruhan aktiviti atau tidak libatkan diri dalam aktiviti. Oleh yang demikian, untuk lebih adil, aktiviti untuk berkumpulan ini banyak kami fokuskan kepada aktiviti estetika seperti membuat kolaj, montaj, mewarna dan sebagainya. Namun, kami sendiri berasa kurang selesa kerana bagi kami waktu aktiviti berkumpulan ini adalah peluang untuk kami fokus pada kelemahan murid. kami sendiri berasa tidak seronok apabila melihat keadaan murid begitu.

3.0 OBJEKTIF
i. Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran berkumpulan yang terdiri daripada ahli kumpulan yang sama tahap pembelajaran.
ii. Meningkatkan penglibatan murid dan tumpuan semasa pembelajaran berkumpulan yang terdiri daripada ahli kumpulan yang sama tahap pembelajaran.
iii. Membantu guru untuk memberikan fokus dan merancang pengajaran yang sesuai mengikut kumpulan yang sama tahap pembelajaran.

4.0 TINDAKAN / PENYELESAIAN MASALAH
Berdasarkan masalah yang timbul, kami telah memikirkan 1 kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah ini iaitu teknik kumpulan yang sama tahap pembelajaran diwujudkan. Tiga kumpulan diwujudkan iaitu kumpulan 1 bagi murid yang di tahap baik, kumpulan 2 murid di tahap sederhana dan kumpulan 3 bagi murid di tahap lemah.
Pemilihan ahli dalam kumpulan dilakukan melalui ujian pra di mana kami menyediakan senarai semak untuk mengesan tahap pembelajaran murid. Ujian yang dijalankan adalah seperti mengenal huruf A hingga Z dan mengenal nombor 1 hingga 20 (rujuk lampiran). Pemiloihan juga dipilih berdasarkan pemerhatian kami semasa sesi P&P dijalankan.
Selepas ujian di buat, kami akan memilih murid untuk memasukkan mereka kepada kumpulan-kumpulan yang sesuai dengan tahap yang mereka telah kuasai. Oleh itu, setiap kali aktiviti pengajaran berpasangan, kumpulan mengikut tahap pembelajaran akan dibentuk dan mereka sendiri mengetahui kumpulan mereka masing-masing.
Dari segi perancangan P&P, ia disediakan mengikut tahap pembelajaran murid juga. Setiap aktiviti berbeza untuk setiap kumpulan dari segi penguasaan. Objektif yang digarisakan juga berbeza.

5.0 KESAN/KELEBIHAN
• Murid seronok melakukan aktiviti dan boleh lihat kerjasama yang diwujudkan dalam kumpulan.
• Penglibatan murid aktif dan masalah tingkah laku dapat dikurangkan.
• Objektif pengajaran guru tercapai dan lebih berfokus.
• Guru dapat fokuskan kepada kelemahan murid sekaligus murid yang lemah lebih mudah untuk menguasai pembelajaran.
• Murid di tahap baik lebih seronok kerana pengajaran berfokus kepada topik yang mereka kuasai.
• Masalah tingkah laku dapat dikurangkan dan mudah untuk mengawal disiplin murid.

7:26 AM

Rahsia Lelaki..

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan

7:15 AM

Rahsia Wanita..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

6:57 AM

Rahsia أ, ل ، م dalam Surat Khalifah

Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Baghdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qahir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Baghdad dan dibawa ke Ghazanah.
Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: ( Alif, Lam, Mim ) Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha mempadan-padankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam Al-Quran yang diawali dengan huruf Alif Lam Mim, tapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubung kaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.
Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak diambil kira oleh mereka.
“Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu.” kata si pemuda.
Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.
“Panggil dia ke sini.” kata Sultan.
Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya: “Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?”
“Betul, betul. Tapi apa hubungannya?” tanya Sultan.
“Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepadamu yang ertinya: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?”
(Al-Fil: 1-2)
“Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku.” kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa gelihati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif lam mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surat Al-Fil.*
Aristotles berkata: “Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh.”