8:02 AM

Aku dan Sekarang!!

Bukan mudah untuk aku berada di tahap ini. Tanpa sedar aku telah menghabiskan masa hampir 5 tahun di kampus perguruan ini. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku kecapi. Insyallah, tahun depan aku dan rakan akan mula dipostingkan. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan hari2 yang lepas tanpa disedari aku mencecah 23 tahun hidup di dunia. Alhamdulillah, aku masih boleh bernafas di dunia mu ini Tuhan.

Kerjaya seorang guru bukan pilihan utama aku. Namun, sejak dari dulu aku dilatih untuk menerima keputusan daripada abah. Bukan mudah untuk membuat pilihan apabila 2 tawaran telah berada di depan mata yg memerlukan aku membuat keputusan terbaik. Keputusan dibuat tetapi ditolak dan akur akan permintaan abah. Namun aku bersyukur berkat patuh akan keputusan mak dan abah, aku bediri teguh di sini untuk tamatkan pengajian dan menjadi seorang guru. Terima Kasih buat mak dan abah kerana berjaya mendidik aku sehingga aku berada di tahap ini.

0 comments: