1:58 AM

Posting Di Pedalaman

Setelah hampir 5 tahun aku menuntut di IPG, tahun akhir ini telah memaksa aku untuk membuat pilihan penempatan (posting) bagi menjalankan tanggungjawab aku sebagai guru. Pilihan tetap ikut kehendak kedua ibu bapa aku iaitu posting di negeri kelahiran aku, Johor.
Walaubagaimanapun, timbul niat untuk ke kawasan pedalaman luar semenanjung. Jika dilihat pada pendapat dan pandangan dari rakan, ramai yang tidak mahu dihadir di kawasan selain dari semenanjung. Aku juga begitu kerana memikirkan keadaan, ibu bapa dan kesediaan aku sendiri untuk berada di tempat orang yang jauh dari keluarga.
Sebagai seorang pendidik, seorang guru perlu bersedia mencurahkan ilmu kepada pelajar di negara ini walaupun mengajar jauh di pedalaman tanah air. Apabila memikirkan perkara ini, aku mula untuk menerima dan cuba timbulkan semangat dan kekuatan untuk bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman. Kini niat itu timbul dengan sendirinya yang aku berkeinginan untuk ke sana walaupun borang permohonan telah diisi. Bagi aku, ia bukan lah menjadi masalah apabila berada di sana jika niat kita betul untuk mendidik anak bangsa kita.

Sumber daripada berita harian online pada 24 April 2010,

Kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan elaun tambahan guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman terutama di kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman 2 (P2) dan pendalam 3 (P3), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada langkah yang ditimbangkan kerajaan bagi memastikan guru-guru di kawasan itu yang kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan yang sewajarnya.

"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500.

"Memang saya akui guru-guru ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, sebagai contoh di Kinandut apabila mereka yang keluar membeli barang di Pensiangan kadang-kadang tersadai sehingga dua hari apabila pemandu lupa mengambil mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengajar manakala kos mereka pergi balik naik bot pula lebih kurang RM500

"Sebab itu guru-guru di kawasan P3 di beri elaun tambahan RM1,500, P2 RM1,000 dan P1 RM500. Oleh itu kerajaan sedang berusaha untuk mengkaji semula sama ada elaun ini boleh dinaikkan atau pun tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang mahu tahu langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat kemudahan sewajarnya.

Puad berkata kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kuarters guru-guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan mereka yang mendiaminya terjamin.

"Kerajaan akan pastikan kuarters penginapan guru-guru ini selamat untuk diduduki dan akan naik taraf supaya ia sesuai dan selamat terutama untuk guru-guru wanita yang bertugas di pedalaman. Kerajaan akan pastikan bangunan itu selamat, kukuh, pintunya kuat dan berpagar," katanya.

Jika kita lihat, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menarik minat para pendidik berkhidmat di kawasan pendalaman. Jadi apa lagi yang perlu dirungutkan wahai bakal-bakal guru. Terimalah kenyataan ini dan bersedialah untuk berkhidmat kepada anak-anak bangsa, agama dan Negara. Mengajarlah kerana niat kerana Allah bukan atas sebab intensif yang ditawarkan. ...


Sekolah Pedalaman Sabah


From

From

From

0 comments: